Powered By Blogger

Selasa, 23 Ogos 2011

cara memainkan dram getar / snare

Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.
Cara mengendali dan memainkan dram getar :
  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
  3. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

cara memainkan dram tenor

Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor :

  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
  3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas




cara memainkan dram bes

Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

  [Cara+Memainkan+Drum+Bes.jpg]










klasifikasi alat perkusi

[Alat+Perkusi+(Drum).jpg] 

Alat perkusi tidak berpic...
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah :

  • Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
  • Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
  • Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.
  • Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.
[Alat+Perkusi+(Simbal,+Marakas,+Tamborin,+Bongo).jpg] 
[Alat+Perkusi+(Kastenet,+Kerincing,+Loceng,+Tik+Tok).jpg] 

kemahiran dan teknik asas alat perkusi

Pengenalan
Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.
Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.
Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.

Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.

Isnin, 15 Ogos 2011

merdunya alunan caklempong........

 ni gambar mule-mule penubuhan persatuan caklempong
Warisan Anak Rantau tahun 2006
ni pulak bebudak tahun lepas, ada yang dah pergi ke ASWARA, dan ada ke sekolah men dan ada yang tahun nie nak ambil UPSR.......(dari kiri ayuni, hafiz, adzahan,najmi, amar, hadi, arash, ikmal, nurul izzah)

Khamis, 21 Julai 2011

Jawatankuasa Panitia Muzik

Kenali Ketua Panitia Muzik anda..

En.Mohd 'Azam bin Hj. Abd. Malek 


Setiausaha Panitia Muzik
Pn.Norzarina binti Zakaria


Jawatankuasa 1
Cik Shariffah bt Shaari

Jawatankuasa 2
Pn.Saerah bt Hussin

Rabu, 20 Julai 2011

Rasional

  • membantu murid memantapkan lagi penguasaan 3M dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
  • mengesan dan mengatasi masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasinya.
  • mendidik murid dalam mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan,sikap positif dan ingin mencuba.
  • pemantapan kumpulan genderang dan cak lempong sekolah.

Selasa, 19 Julai 2011

Matlamat

  • Mengukuhkan minat dan penglibatan murid secara bersungguh-sungguh dalam Pendidikan Muzik.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kemahiran minumum dalam penghasilan muzik,
  • Melahirkan  murid yang berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi.
  • Melahirkan murid yang dapat menghargai dan menikmati estetika muzik.
  • Melahirkan murid yang berperibadi mulia dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Rabu, 13 Julai 2011

Visi dan Misi

 VISI
Pendidikan Muzik membentuk sahsiah dan peribadi mulia


MISI


Mendokong visi dan misi sekolah ke arah sekolah cemerlang Daerah Seremban dengan memberi fokus dalam membentuk sahsiah dan peribadi mulia murid melalui pendidikan muzik

Selasa, 12 Julai 2011

Objektif tertubuhnya panitia ini.......

  • mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi, dan tugas panitia di sekolah.
  • mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang dirancang
  • berusaha secara muafakat untuk mencari  penyelesaian masalah, kengkangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi,sikap dan  tabiat para pelajar
Secara umumnya  ia bermaksud kemampuan  dan kecekapan panitia dalam merancang ,mengurus dan melaksanakan matlamat,objektif dan program panitia secara berterusan dan berkesan. 

Isnin, 11 Julai 2011

Di sini bermulanya........

Panitia Muzik SKDAZ merupakan teras dalam pengurusan kurikulum  sekolah khususnya dalam memantapkan perlaksanaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.
Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum pendidikan muzik di SKDAZ lebih terancang dan sistematik.