Powered By Blogger

Selasa, 23 Ogos 2011

cara memainkan dram getar / snare

Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.
Cara mengendali dan memainkan dram getar :
  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
  3. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

cara memainkan dram tenor

Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor :

  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
  3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas




cara memainkan dram bes

Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

  [Cara+Memainkan+Drum+Bes.jpg]










klasifikasi alat perkusi

[Alat+Perkusi+(Drum).jpg] 

Alat perkusi tidak berpic...
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah :

  • Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
  • Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
  • Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.
  • Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.
[Alat+Perkusi+(Simbal,+Marakas,+Tamborin,+Bongo).jpg] 
[Alat+Perkusi+(Kastenet,+Kerincing,+Loceng,+Tik+Tok).jpg] 

kemahiran dan teknik asas alat perkusi

Pengenalan
Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.
Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.
Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.

Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.

Isnin, 15 Ogos 2011

merdunya alunan caklempong........

 ni gambar mule-mule penubuhan persatuan caklempong
Warisan Anak Rantau tahun 2006
ni pulak bebudak tahun lepas, ada yang dah pergi ke ASWARA, dan ada ke sekolah men dan ada yang tahun nie nak ambil UPSR.......(dari kiri ayuni, hafiz, adzahan,najmi, amar, hadi, arash, ikmal, nurul izzah)